Zaid Z Rashid

We are currently working on a new website.
Stay tuned for more information.

to stay updated on our progress.

Tahun 'Azimah

Agak lewat saya menulis risalah ini. Dan, saya rasa risalah kali ini akan menerangkan mengapa. Bukan kali ini sahaja saya akan kelewatan menulis mungkin, bahkan sepanjang tahun, siapa yang tahu.



Tahun ini tahun terakhir saya sebagai pelajar sekolah menengah, dan pada tahun ini saya harus bertungkus lumus kerana tanggungjawab semakin bertambah. Tahun ini, kami gelarkan sebagai tahun 'Azimah. Yakni tahun yang kami tidak akan mengambil sikap untuk berehat. Sebagai senior, sebagai pelajar, sebagai Da'ie terutamanya, ada masa untuk rehat ke?

SPM, bi'ah solehah, guru-guru yang harus kami balas jasa mereka, adik-adik junior yang dahagakan sentuhan da'wah, dan 'kesinambungan tarbiyyah'. Bukan perkara mudah. Kami tidak akan membiarkan generasi selepas kami menghadapi krisis seperti kami. Dan, kami tidak akan berpeluk tubuh dan berdiam diri.

"  Ayanqusud Deen, Wa Ana Hayy "

Ini kata-kata Saidina Abu Bakr As-Siddiq, ketika selepas wafatnya Ar-rasul s.a.w. . Ada yang geram, dengan apa yang saya tegaskan, yakni agama ini tidak akan mundur selagi kita semua masih ada. Yakni pilihan kami untuk terus berlari. Tetapi kami beramal cekal-cekal ini bukan mencari keredhaan mereka, tapi keredhaan Allah.

" Adakah Islam akan mundur, sedangkan aku masih hidup? "

-Selamat beramal semua :)


Zaid b Zainur Rashid
SMI Hira' Jeram
26 Februari 2011
Powered by Blogger.

Rakan

My Blog List

Meja Penulis

Tulisan yang disiarkan adalah pandangan peribadi. Jika tidak senang, anda berhak sepenuhnya untuk menutup atau beralih ke laman yang lain. Segala komentar dan kritikan yang membina amatlah digalakkan. Ulang siar diharuskan dengan meletakkan sebarang maklumat yang menyandarkan kepada blog atau penulis.

Baca, dengan Bismillah dulu, biar bermanfaat.

Meja Penulis

Tulisan yang disiarkan adalah pandangan peribadi. Jika tidak senang, anda berhak sepenuhnya untuk menutup atau beralih ke laman yang lain. Segala komentar dan kritikan yang membina amatlah digalakkan. Ulang siar diharuskan dengan meletakkan sebarang maklumat yang menyandarkan kepada blog atau penulis.

Baca, dengan Bismillah dulu, biar bermanfaat.

Sampaikan Ke Peti Email

Terjemah

Follow by Email

Risalah yang Dibaca

Labels

Followers

Blog Archive