Zaid Z Rashid

We are currently working on a new website.
Stay tuned for more information.

to stay updated on our progress.

Malam Kemuncak Ta'dib - Dai'e Sejati

Saya tidak jangka bahwa soalan itu ditujukan kepada saya. Seorang pelajar yang bertanya tentang pengurusan diri, ringkasnya.

"Kita mempunyai banyak tanggungjawab, sebagai seorang pelajar dan sebagainya. Kita terikat dengan peraturan masa di sekolah, tuntutan untuk belajar bersungguh-sungguh dan untuk kejar dakwah dan tarbiyyah. Terlalu banyak urusan yang perlu dilaksanakan, sampai tak sempat nak laksanakan tuntutan dakwah. Saya tujukan soalan ini kepada panel ketiga, bagaimana nak uruskan masa dengan lebih kemas supaya boleh laksanakan semua tuntutan ni?"


Masa sangat mencemburui. Majlis ini sendiri, minta saya untuk menghabiskan bicara, jawab lima soalan dalam masa kurang dari 7 minit. Agak tergesa-gesa bagi saya yang kurang pengalaman ini.

Soalan subjektif.

Untuk itu, saya rasa berminat untuk kongsikan jawapan saya di ruang risalah saya ini.

1. Ya, kita memang wajib menyusun masa. Orang yang berjaya adalah orang yang terurus urusannya. Hari ini, Murobbi tanpa pengurusan dan kemahiran teknikal adalah tidak relevan. Atau, mereka sudahpun tidak bergelar Murobbi.

2. Mengurus masa adalah memilih keutamaan. Kita mempunyai banyak tugasan dan semuanya penting belaka. Letakkan yang utama di atas kepala(fokus) dan yang lain perlu dilaksanakan selanjutnya.

3. Bagaimana nak uruskan masa? Kalau tanya mentor atau cikgu, mereka akan hadiahkan saya jadual harian. Saya tiada tips lain pun, dan saya guna jadual harian yang diberikan. Saya agak pelik dengan soalan ini, nak saya tolong uruskan masa ke? Buat je dulu apa yang cikgu ajar, try and error. Semua ini proses, hari ini mungkin tidak terurus tetapi esok lusa insyallah akan lebih baik dan kemas. Saya tidak boleh ajar cara berjalan kaki, tetapi kita akan belajar sendiri dengan pengalaman. Pengalaman adalah guru yang terbaik.

4. Ini jawapan saya yang utama. Bagi Da'ie yang pening kepala, tertanya-tanya bila masa lapang akan datang kepadanya untuk digunakan bagi Dakwah.

"Apa yang kita jangka bila kita ingin melakukan perkara ma'ruf? Kita perlu sedar, bahwa syaitan akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk menyempitkan jalannya. Adakah kita mengira kita akan diberikan masa dan peluang, disokong dan sentiasa menang bila kita berbuat kebaikan? Tentunya tidak, kerana tabiatnya bukan begitu. Nabi s.a.w. mengkhabarkan kepada ummat akhir zaman bahawa barangsiapa yang berpegang pada agama pada waktu ini, ia bagaikan menggenggam bara. Mudah ke?"

Majlis ini sendiri menggambarkan bagaimana susahnya jalan yang perlu dilalui oleh mereka yang ingin membuat kebaikan. Bukan semua orang suka saya berforum dihadapan ini. Yalah, syaitan memang berusaha keras untuk menyempitkan jalannya.

"Kita tak harus menunggu peluang, tetapi kita harus berani untuk mencipta peluang. Jangan tunggu masa, tapi kejar dan curi masa, masa kosong dan lapang memang tak ada untuk dakwah. Percayalah, mesti ada saja urusan lain. Paling kurang yang kita boleh buat, kena selit masa-masa yang ada.

"Kamu bertanya, bila masanya nak berdakwah. Dakwah itu sifatnya fleksibel. Ia tidak rigid pada bentuk tertentu dengan birokrasi dan unsur-unsur rasmi yang biasa kita faham. Kita tidak perlu pergi ke surau dan berdiri di khalayak ramai dan memberikan peringatan untuk menyempurnakan 'berdakwah'. Tidak mesti dalam halaqah usrah, menjadi naqib atau naqibah baru boleh berdakwah. Dakwah tidak perlukan masa-masa formal(semata-mata). Ia beroperasi 24 jam sehari."

"Medannya luas, masanya tidak terbatas. Saya tidak bermaksud menggugurkan peranan kuliah dan program-program formal, tetapi apa yang saya maksudkan ialah pada waktu tidak formal , dakwah tetap berjalan."

Imam Asy-syahid Hassan Al-Banna berkata,

"Usrah bermula selepas bacaan tasbih kaffarah"

Jadikan kehidupan seharian kita, Dakwah. Setiap gerak-geri, hembusan nafas dan lontaran kata-kata kita ialah dakwah yang menyumbang kepada kemenangan Islam.

"Di sekolah ini, kita tidak dibenarkan makan seorang diri. Kita disediakan dulang untuk makan bersama kawan-kawan. Apa yang kita borakkan? Kalau kita bercerita tentang sahabat dan pahlawan Islam ketika menyuapkan makanan, bukan itu juga Dakwah? Ataupun kita terlalu sibuk sangat, belajar dan ko-ku sehingga tidak sempat makan?" saya sindir sikit-sikit. Tersipu sebahagian pelajar.

" Sementara menunggu giliran tandas, atau sebelum tidur dan waktu rehat.. Agaknya, kalau diselitkan perkongsian, itu bukan dakwah? Bahkan, saya rasa method ini lebih berkesan dalam menghidupkan biah(suasana) yang solehah. Sebab suasana yang baik tidak dapat dibudayakan dan dihidupkan oleh perkara-perkara yang formal dan bersifat 'setempat/sewktu'. "

الفكر لا يحاد واللسان لا يسمت والجوارح لايسكت فان لم يشغلها بالعظاءم شغلك الصغاءر

Fikiran ini tiada had untuk berimaginasi. Mulut tidak akan diam tak bersuara. Badan tidak akan berhenti bergerak. Kalaulah kita tidak menggunakannya untuk perkara-perkara yang hebat, maka ia akan disibukkan oleh perkara yang remeh-temeh. 

" Kalau agenda utama hidup kita ialah untuk menyampaikan Islam yang sebenar, setiap detik kehidupan kita akan bernilai. Tiada masa yang berlalu dan peristiwa yang berlaku melainkan ia adalah sebahagian daripada diari dakwah di dalam Islam. "

" Maka, pada waktu itu kita tidak perlu risau tentang masa. Kerana setiap detik yang berlalu adalah sebahagian daripada agenda dakwah kita. "

Agaknya begitulah saya menghabiskan tujuh minit yang diberikan. Mohon maaf, bagi mereka yang tidak terjawab soalannya. Mungkin boleh dibincangkan di ruangan lain, insyallah.

Wallahualam.

" Kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebathilan yang terancang"-Ali Abi Thalib- Tema bulan Ta'dib 2011


Zaid b Zainur Rashid
Sek Men Islam Hira' Jeram,
Kuala Selangor, Selangor.
11 March 2011

No comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Rakan

My Blog List

Meja Penulis

Tulisan yang disiarkan adalah pandangan peribadi. Jika tidak senang, anda berhak sepenuhnya untuk menutup atau beralih ke laman yang lain. Segala komentar dan kritikan yang membina amatlah digalakkan. Ulang siar diharuskan dengan meletakkan sebarang maklumat yang menyandarkan kepada blog atau penulis.

Baca, dengan Bismillah dulu, biar bermanfaat.

Meja Penulis

Tulisan yang disiarkan adalah pandangan peribadi. Jika tidak senang, anda berhak sepenuhnya untuk menutup atau beralih ke laman yang lain. Segala komentar dan kritikan yang membina amatlah digalakkan. Ulang siar diharuskan dengan meletakkan sebarang maklumat yang menyandarkan kepada blog atau penulis.

Baca, dengan Bismillah dulu, biar bermanfaat.

Sampaikan Ke Peti Email

Terjemah

Follow by Email

Risalah yang Dibaca

Labels

Followers

Blog Archive