Zaid Z Rashid

We are currently working on a new website.
Stay tuned for more information.

to stay updated on our progress.

Ramadhan 2 Hijrah

Saya bacakan sebuah peristiwa daripada diari Islam :

Gilang gemilang suasanaya. Takbir dan tahlil berkumandang di seluruh pelosok madinah. Kemenangan Islam dalam peperangan Badar disambut girang dengan rasa syukur, menambah lagi keyakinan dan izzah terhadap Islam. Habis musuh sekeliling, gerun dan berjaga-jaga. 70 orang kafir Quraish termasuk pembesar-pembesar mereka terbunuh, manakala 70 lagi tertawan.

Madinah Al-Munawwarah

" Wahai Rasulullah, mereka itu dari keluarga bapa saudaramu, kerabat dan adik-beradik kita sendiri. Pada hemat ana, anta mintalah tebusan dari mereka, agar tebusan yang kita ambil dapat mengukuhkan kedudukan kita menentang pihak kuffar. Dan, siapa tahu Allah memberikan hidayah kepada mereka, sehingga tawanan yang ditebus ini menjadi pendukung bagi kita " terang Abu Bakar as-Siddiq tentang pendapatnya terhadap tawanan-tawanan perang itu.

" Bagaimana pula dengan pendapat anta wahai ibnu al-Khattab?" Tanya Rasulullah s.a.w.

"Demi Allah, ana tidak bersetuju dengan Abu Bakar. Pada ana, serahkanlah si Fulan (kerabat Umar) kepada ana, biarkanlah ana penggal lehernya. Serahkanlah Uqail bin Abu Thalib kepada Ali bin Abi Thalib biar dia penggal lehernya. Serahkan si Fulan kepada Hamzah (saudaranya), biar dia penggal juga lehernya. Agar Allah mengetahui bahawa di dalam hati kita tidak ada rasa belas kasihan terhadap orang-orang musyrik, pemuka, pemimpin dan para pengikut mereka"

Kecenderungan Rasulullah s.a.w. adalah pada pendapat Abu Bakkar as-Siddiq, maka semua bersetuju untuk mengambil tebusan dari mereka.

*  *  *  *  *

'Ha, itulah. kan aku dah cakap.' bicara Umar sendirian.

Umar, Aiman, Hazim, Zahir dan Anam kebingungan. Hari semakin gelap, mereka masih tak jumpa jalan keluar. Rasanya, semakin menjauh dari kawasan kampung. Bermalam di hutan tebal sebegini, memang bukan kebiasaan mereka.

"Tengok, kau ni sesat lagi menyesatkanlah Zim!" keluh Anam.

"Aku dah cakap tadi. Pergi ikut jalan sungai tu, korang degil " perli Umar. Puas. "Ikut sangat cakap dia tu, buat apa."

Habis Hazim dipersalahkan, akibat cadangannya untuk mengikut susur yang berbekas, yang akhirnya membawa mereka ke tempat yang entah di mana. 'Tercalar' maruah dan ego Hazim. Dia hanya mampu diam, mengetap bibir.

*Apa yang kau cakap tu salah! Hazim terfikir.

" Sekarang nak buat apa ni, bro." tanya Zahir, cuba mencari solusi.

"Aku rasa..."

"Argh, tu tak betul!"

"Hei, aku dah lama hidup. Aku tahulah."

"Tapi aku makan lagi banyak garam"   . . . . .






. . . . . . . Krok krek krok krek.

Mencari jalan keluar, atau mencari personal glory?
Tiada istilah solusi, semuanya untuk kepentingan peribadi.
Tak balik pun tak mengapa, yang penting pandangan aku yang betul. Bukan orang lain.

*  *  *  *  *

Keesokan pagi, Umar al-Khattab keluar untuk berjumpa dengan Rasulullah dan para sahabat yang lain. Datangnya beliau, Rasulullah dan Abu Bakar as-Siddiq sedang menangis teresak-esak. Umar pun hairan dan bertanya, apakah halnya yang menyebabkan mereka menangis sebegitu.

Maka Rasulullah pun menceritakan perihal turunnya wahyu yang menyanggah perbuatan mengambil tebusan dari tawanan, bahkan Allah lebih membenarkan pendapat Umar al-Khattab, agar dibunuh sahaja tawanan-tawanan tersebut.

Mendengarkan perkara tersebut, berguguranlah air mata Umar al-Khattab, seorang sahabat yang terkenal dengan kegagahan dan keberaniannya. Sebab apa dia menangis?

Pandangan dan idea adalah milik umat, untuk umat.
Tiada istilah aku. Yang ada hanyalah umatku.

: Saya terfikir, kalaulah orang-orang kita berada di tempat saidina Umar al-Faruq, ungkapan ini agaknya yang akan terkeluar.

"kan aku dah cakap, kau degil, sekarang kau tengok siapa betul siapa salah.haha.."

Ya Allah, Ampunkanlah dosa kami, ikhlaskanlah niat kami dan satukanlah hati kami.

Zaid b Zainur Rashid
23 August 2011
Powered by Blogger.

Rakan

My Blog List

Meja Penulis

Tulisan yang disiarkan adalah pandangan peribadi. Jika tidak senang, anda berhak sepenuhnya untuk menutup atau beralih ke laman yang lain. Segala komentar dan kritikan yang membina amatlah digalakkan. Ulang siar diharuskan dengan meletakkan sebarang maklumat yang menyandarkan kepada blog atau penulis.

Baca, dengan Bismillah dulu, biar bermanfaat.

Meja Penulis

Tulisan yang disiarkan adalah pandangan peribadi. Jika tidak senang, anda berhak sepenuhnya untuk menutup atau beralih ke laman yang lain. Segala komentar dan kritikan yang membina amatlah digalakkan. Ulang siar diharuskan dengan meletakkan sebarang maklumat yang menyandarkan kepada blog atau penulis.

Baca, dengan Bismillah dulu, biar bermanfaat.

Sampaikan Ke Peti Email

Terjemah

Follow by Email

Risalah yang Dibaca

Labels

Followers

Blog Archive