Zaid Z Rashid

We are currently working on a new website.
Stay tuned for more information.

to stay updated on our progress.

Apa Neraca Penilaian Kita?



Apakah warna baju Nobita itu?

Ada orang memanggilnya Kuning.

Ada orang lain memanggilnya Yellow.

Ada juga yang menggelarnya Safra’.

Bahkan, ada orang secara sedar, menamakan warna itu sebagai Merah. Hm, hairan?

Warna/perkara yang sama, namun diterjemah dengan tema bahasa yang berbeza, maka hasil bunyi yang lahir pun berbeza-beza. Faham?

Hari ini saya tidak berniat untuk menulis tentang bahasa mahupun perbezaan pandangan.

Saya ingin berbicara tentang neraca dan persepsi.

Membuat perbandingan neraca kehidupan dengan bahasa, tentulah nampak dangkal. Ya, memang sandarannya berbeza pun, kerana dalam kepelbagaian bahasa, tiada bahasa yang salah, namun bagi persepsi pula, ada neraca yang benar dan ada juga neraca yang salah.



NERACA

Ali, Abu dan Ahmad adalah kawan persekolahan yang telahpun bekerja dalam bidang yang berasingan dalam syarikat yang besar.

Suatu hari, mereka mengadakan trip ke Beijing, China. Mereka memilih hotel yang agak berprestij, sesuai dengan pangkat dan kekayaan mereka untuk mereka bermalam.

Sebaik sahaja mereka melangkahkan kaki ke dalam hotel tersebut, terbayanglah macam-macam di kepala tiga orang rakan ini.

‘Wah, cantiknya susunan abstrak hotel ini’ bisik Ali. Setiap gambar yang tergantung di dinding diratapinya. Penuh seni, sesuai dengan harga hotel yang boleh melenyapkan gaji sebulan seorang jurutera.

Abu merenung sekeliling. Dia dapati ada yang tidak kena dengan hotel tersebut. Oh, baunya! Baunya terlalu menusuk. Wangian yang dipaksa. Sebagai pengkaji bahan wangian, Abu mula hilang selera berada di hotel ini. Huh, buat habis duit sahaja, fikirnya.

Ahmad, takjub sungguh dengan seni bina hotel. Ukirannya, ukurannya, wah ini luar biasa!

Masing-masing menilai hotel tersebut dengan neraca masing-masing. Masing-masing memberikan komen. Payah Ali hendak memahami Ahmad dalam hal ini, dan kalau Abu, usah cakaplah, lagi jauh berbeza.

Ahmad kata hotel ini lebih dari sempurna.

Ali kata, memuaskan.

Abu pula lain, katanya, ia sungguh merimaskan dan merosakkan mood perjalanan!

Perkara yang sama, diterjemah oleh neraca yang berlainan, akan menghasilkan respon yang berbeza-beza.




MIQYAS KITA

Neraca adalah perkara yang sangat asas dalam kehidupan manusia.

Neracalah yang akan menentukan respon manusia terhadap persekitaran mereka.

Neracalah yang akan menentukan cita-cita dan perbuatan manusia.

Maka, adalah sangat penting bagi manusia agar memiliki neraca yang benar bagi menilai dunia ini.

Stephen R Covey menjelaskan dalam bukunya, The 7 Habits of Highly Effective People, neraca(paradigm) sebagai peta dalam kehidupan manusia. Setiap orang memegang peta. Ada yang sama, ada yang berbeza.

Jika kita berada di New York, kita seharusnya menggunakan peta bagi bandar New York, bukan peta negeri lain. Ada orang, menggunakan peta bagi negeri lain, dan dia menyangka bahawa dia berada di jalan yang betul menuju ke arah destinasi, rupanya dia silap. Kenapa? (sedangkan) Dia sangat yakin, kerana dia menyusur galur sebijik seperti yang ditunjukkan di dalam peta. Tetapi malangnya, itu peta negeri lain! Itu masalahnya.

Memang dia silap, akhirnya sesatlah dia dalam kebuntuan.

Nampak? Seandainya kita benar-benar yakin, ia tidak bermaksud kita di jalan yang betul.

Yang menentukan betul atau salah ialah neraca kita.


و ما أشد دهشتك بعد قيل حين ينكشف لك أن القوم لم يفهموا عنك و لم يدركوا قولك "
رأيت ذلك مرات و لمسته من عدة مواقف , و اعتقد أن السر فيه لا يعدوا أحد أمرين :
"إما أن الذي يقيس به كل منا و ما يسمع عنه مختلف , فيختلف تبعا لذلك الفهم و الإدراك

“Setelah itu saudara akan sangat terpegun apabila semuanya menjadi jelas (seruanmu setelah dibahaskan olehmu), tetapi ternyata orang yang diajak berbicara tadi belum mengerti dan faham apa yang dimaksudkan oleh saudara.

Perkara ini sering kali saya lihat berlaku, dan setelah dikaji, terdapat dua masalah penting.

Pertama: Kebiasaannya yang sebagai neraca bagi suatu pembicaraan adalah diri kita sendiri, dan yang mendengarnya berbeza neracanya, tentu akan membawa kepada fahaman yang berbeza…” (Ke Mana Kita Menyeru Manusia- Hassan alBanna)

Contoh mudah bagi memahami konsep neraca, umpamanya, saya jerit kepada khalayak ramai, “Wooi, jom kita gapai kejayaan!” maka terlintaslah kehendak dan niat dalam hati setiap pendengar. Ada yang kata, ok, saya akan dapatkan 12A+ dalam SPM. Ada yang berazam kembali, baiklah saya akan berkahwin dalam masa kurang dari tiga bulan ini. Ada yang tersenyum, nekad untuk menjayakan projek rompakan bank malam ini!

Padahal, apa yang saya maksudkan dari seruan saya, adalah mencapai kejayaan dalam pertandingan membuat video islamik osem. Hmh.

Lihat, neraca tentang kejayaan yang berbeza!

Imam as-Syahid Hassan al-Banna memanggil neraca sebagai Miqyas.

Jadi, adakah kita sedang menggunakan peta yang betul dalam menilai kehidupan kita? Kalau ianya salah, maka apa pula Miqyas yang benar?

Islam telah menggariskan neraca untuk digunakan oleh umatnya(hebat kan Islam?). Ia harus digunakan dalam setiap aspek. Bila meletakkan cita-cita, neraca itu mesti digunakan. Bila hendak melakukan projek, neraca itu mesti digunakan. Bila hendak respon kepada apa-apa ujian, neraca yang digariskan itu jugalah yang wajib digunakan, bukan neraca yang lain.

Miqyas kita adalah Kitab Allah.

Neraca kita, orang Islam, dalam menilai setiap perkara adalah Kitab Allah.

Itulah yang sepatutnya, tetapi betulkah semuanya begitu?

Dengan terang lagi bersuluh, jawapannya tentu Tidak.

Dalam setiap aspek, seremeh kehidupan seharian kita sehinggalah isu-isu yang memikukkan negara, kita dilihat sangat meminggirkan Kitab Allah. Kita menggunakan neraca lain. Sedar tidak?

Neraca entah apa-apa. Dari mana kita kutip, saya pun tidak tahu.

Ubah neraca kita. Yang hebat itu bukanlah yang paling kaya. Bukan yang paling mulia itu yang paling tinggi markahnya di dalam peperiksaan. Doktor tidak melebihi ustaz, dan ustaz tidak melebihi doktor, atas sebab kerjaya dan gaji. LGBT adalah benar di sisi barat, tidak di sisi kita, orang Islam. Hentikan menggunakan nama ‘Hak Asasi Manusia’ yang digubal oleh barat sebagai ukuran kita benar atau salah.

Murtad di dalam ruh demokrasi barat adalah dibenarkan, tapi persoalannya, adakah demokrasi barat itu benar? Mengapa kita sibuk menggunakan peta yang salah itu? Kenapa kita menilai sesuatu perkara berdasarkan ‘hak asasi manusia’ yang digubal oleh manusia yang berkepentingan?

Tidak semua yang disebut sebagai betul oleh DEMOKRASI liberal barat dianggap betul di sisi ISLAM. Dan tidak semua yang digariskan ISLAM sebagai kebenaran dianggap betul oleh semangat DEMOKRASI.

‘Hak Asasi Manusia’lah yang telah melahirkan Pluralisme, Sekularisme, Liberalisme, Hedonisme dan lain-lain isme. Tidak perlu untuk cuba-cuba mengislamisasikan hak asasi manusia.

Kita ada neraca kita yang tersendiri.

Kita ada Kitab Allah dan Sunnah ar-Rasul.

Bila berdepan dengan apa sahaja, tanya balik diri kita, bincang sama kawan-kawan, apa komen al-Qur’an dan as-Sunnah tentang perkara ini ya? Bukan tanya apa perasaan kita, bukan tanya apa yang orang akan fikir, bukan segala itu.

Apa pendirian Islam tentang perkara ini?

Cari dalil al-Quran, hadith nabi, pendapat ulama' Islam, mana satu yang lebih benar Islamnya dan lebih rapat dengan keredhaan Allah.

Yang mulia adalah yang paling Islam.

Itu barulah Neraca benar seorang Muslim!


Zaid b Zainur Rashid
22 Jan 2012
Taman Guru Melayu

5 comments:

  1. Tahniah..menarik..dari kekanda mu Jelebu n Alex

    ReplyDelete
  2. Ust Abdullah Husaini? betulkan salah dan silap ya

    ReplyDelete
  3. Bangkitnya manusia tergantung kepada pemikirannya tentang kehidupan, alam semesta dan manusia, serta hubungannya dengan dengan sesuatu yang ada sebelum dan selepas kehidupan dunia. Inilah asas fundamental bagi setiap idealogi. Ketika kapitalisme dibangunkan dengan memisahkan kehidupan dengan unsur yg wujud sebelum dan sesudah kehidupan, sosialisme dengan dialetika materialisme, Islam mengajar kita bahawa kehidupan ini merupakan matarantai kepada kehidupan selepas ini, dan perlu kembali kepada yang ditunjukkan Sang Pencipta. Dilihat pertentangan antara Islam dan Demokrasi bukan dari aspek umum atau cabangnya sahaja, malah ia cukup mendasar. Ia menyentuh kepercayaan fundamental tadi iaitu aqidah. Miqyas kita adalah halal atau haram, dosa atau pahala, yang kita gali dari sumber yang pasti kebenarannya, iaitu Al Quran dan Sunnah. Keimanan begini lahir dari aqidah aqliah iaitu imam yang lahir dari proses berfikir, bukan mewarisi.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Rakan

My Blog List

Meja Penulis

Tulisan yang disiarkan adalah pandangan peribadi. Jika tidak senang, anda berhak sepenuhnya untuk menutup atau beralih ke laman yang lain. Segala komentar dan kritikan yang membina amatlah digalakkan. Ulang siar diharuskan dengan meletakkan sebarang maklumat yang menyandarkan kepada blog atau penulis.

Baca, dengan Bismillah dulu, biar bermanfaat.

Meja Penulis

Tulisan yang disiarkan adalah pandangan peribadi. Jika tidak senang, anda berhak sepenuhnya untuk menutup atau beralih ke laman yang lain. Segala komentar dan kritikan yang membina amatlah digalakkan. Ulang siar diharuskan dengan meletakkan sebarang maklumat yang menyandarkan kepada blog atau penulis.

Baca, dengan Bismillah dulu, biar bermanfaat.

Sampaikan Ke Peti Email

Terjemah

Follow by Email

Risalah yang Dibaca

Labels

Followers

Blog Archive