Zaid Z Rashid

We are currently working on a new website.
Stay tuned for more information.

to stay updated on our progress.

PRU-13 : Peranan Kuasa Ketiga

"Badai, malu tahu tak jalan sebelah enta" kata seorang kawan serombongan kepada saya.

Saya pun agak terkejut. Kampung saya di Pasir Puteh. Selama saya ulang-alik dan duduk di Kelantan, tak tahu pulak saya ada Balai Islam semewah itu di Kota Bharu.

Kami datang agak awal, saya rasa kami antara kumpulan yang terawal, kira-kira lapan setengah kami sudah mula mendaftarkan diri di pintu masuk dewan.

Saya pakai sempoi-sempoi sahaja, seperti kebiasaan orang Kelantanlah. Baju Melayu, kain pelekat, kopiah putih dan selipar biasa. Yang lain segak betul. Kelihatan sesetengah orang tu berkasut kulit, dikenakan pulak dengan pakaian Melayu rasmi kemas. Itu yang buat kawan saya bising tu.

Saya ingat saya ni dah jadi ghuraba' dah. Dalam pukul sembilan setengah tu, dewan sudah mula penuh dan yang memakai pakaian ala-ala Cikgu Azmi ni pun sudah bertambah bilangan. Fuh, selamat.



Apa pun, syukur al-Hamdulillah. Saya berjaya hadir program "Bual Bicara Bersama Facebookers ; PRU-13 dan Peranan Kuasa Ketiga" yang diadakan tempoh hari di kampung saya, Kelantan.

Video forum ini dah dimuatnaik, kalau berkesempatan tengoklah di youtube.

Di sini, saya ingin kongsikan respon saya setelah program itu diadakan.


KUASA KETIGA


Sepanjang forum tersebut berlangsung, tiada kata sepakat tentang apa yang dimaksudkan dengan kuasa ketiga di Malaysia. Bahkan salah seorang panelisnya, Dr Maszlee berkata bahawa beliau tidak percaya akan adanya kuasa ketiga di Malaysia, akan tetapi beliau lebih senang dengan panggilan kuasa rakyat. Masing-masing pun menafsirkan terma itu dengan definisi yang berbeza-beza.

Pemerhatian saya terhadap permainan politik yang berlaku di Malaysia, diikuti dengan ulasan panelis dalam program ini, saya tidak teragak mengatakan kuasa ketiga benar-benar wujud. Dan terma kuasa ketiga ini, pada hemat saya, tidak tertumpu kepada golongan-golongan atau pertubuhan khusus seperti JATI atau PSM sahaja bahkan lebih umum daripada itu.

Kalau kita meneliti, sebelum PRU-12 pada tahun 2008, isu hak istimewa orang Melayu dan Islam tidak hangat dipertikaikan oleh orang bukan Islam. Bahkan, kedua-dua blok besar tanah air iaitu parti pembangkang dan kerajaan berlumba-lumba untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan memartabatkan Islam menandakan isu ini isu yang harus dibawa kehadapan.

Secara ringkasnya, boleh kita simpulkan, persaingan sebelum PRU-12 adalah antara Islam Hadhari kerajaan UMNO-BN dan Negara Islam PAS. Persaingan ini persaingan yang sihat. Ataupun lebih tepat lagi, persaingannya lebih baik dibandingkan dengan persaingan yang berlaku pada hari ini. Kedua-dua pihak berusaha untuk lebih memartabatkan Islam. Mana-mana blok yang menang pun, tentu ianya akan menguntungkan Islam dan umatnya.

Tetapi halatuju persaingan ini telah berubah pasca PRU-12. Apa yang berlaku selepas 2008, persaingan 'kami lebih Islamik' antara kerajaan dan pembangkang bertukar kepada 'kami lebih adil dan lebih terbuka'. Bahkan pada hari ini, pemimpin orang Melayu Islam sendiri sudah kecut untuk mengaku dirinya Melayu dan sayup-sayup sahaja mempertahankan kemuliaan Islam, takut-takut kehilangan undi.

Hampir keseluruhan pemimpin Melayu berebut-rebut hendak meraikan perasaan kaum lain.

Bak kata seorang panelis, Ust Fauzi, persaingan hari ini adalah persaingan di antara 1Malaysia dan Malaysian Malaysia.

Di sudut pandang yang lain, timbullah persoalan, kenapa berlakunya perubahan dalam halatuju persaingan dua blok utama di Malaysia ini?

Jawapannya adalah kerana wujudnya desakan yang kuat, pada tempoh itu sehingga membentuk arus yang meliberalkan agenda kerajaan dan pihak pembangkang. Suara-suara semakin berani menuntut hak samarata, mempertikai institusi diraja, kedudukan istimewa orang Melayu dan martabat Islam juga dipersoalkan. Akhirnya, ahli politik yang tidak jelas matlamat politiknya pun 'tenggelam' dan hanyut dibawa arus baru tersebut.

Di sinilah bukti wujudnya kuasa ketiga.

Mudahnya, takrif saya tentang kuasa ketiga di Malaysia, untuk tempoh ini :

1. Bukan daripada blok kerajaan mahupun blok pembangkang.

2. Golongan yang mempunyai kemampuan untuk mengubah cara pandang masyarakat sekaligus mempengaruhi undi terhadap parti-parti yang bertanding.

3. Menjadi pemantau kepada kerajaan pusat dan pembangkang dan menjadi pendesak yang mempengaruhi rupa bentuk persaingan antara dua blok tersebut.

Meskipun ia dipanggil sebagai kuasa ketiga, namun mengikut takrif di atas, maka pihak ketiga itu bukanlah dikhususkan kepada NGO tertentu atau kelompok khusus, bahkan dicampur juga mereka yang berbeza aspirasinya terhadap agenda negara.

Boleh jadi, kuasa ketiga ialah Islamis yang mahu kekal memartabatkan IMR, ataupun kaum cina yang menuntut hak samarata antara seluruh rakyat, ataupun puak liberal yang tidak henti-henti melaung-laungkan hak asasi manusia dan ketuanan rakyat.

Kalau diamati dengan sungguh-sungguh, ahli politik sangat terpengaruh dengan teriakan kuasa ketiga ini.

Dan, atas alasan itulah, jikalau anda menyedari bahawa anda bukannya daripada pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan, maka dari pihak saya secara peribadi mengajak anda, mari kita menjadi watchdog mereka (iaitu kedua-dua blok utama dalam percaturan politik negara) dan terus membadaikan desakan yang menguntungkan agenda Islam.

Bagi saya, kalau kita benar-benar hayati sejarah dunia yang dibentangkan kepada kita, kebanyakan perubahan-perubahan besar yang mencatat sejarah bermula daripada perubahan-perubahan kecil yang dilakukan oleh individu-individu secara tegas dan konsisten.

Barangkali tak salah saya katakan, persaingan antara UMNO dan PAS pada hari ini seringkali dilihat melampaui dari batas yang ditetapkan syara', atau seperti yang disebutkan oleh Dr Yusri, ianya tidak lagi selari dengan slogan 'fastabiqul khairat' iaitu berlumba-lumba dalam membuat kebajikan, bahkan semua yang dibuat oleh lawan politik dikiranya sebagai penumbuk kepada satu sama lain.

Dan akibat daripada arus liberal yang sangat kuat, hampir-hampir ahli-ahli politik ini terlupa agenda Islamnya yang asal, sehingga terkeluar dari mulut mereka kenyataan-kenyataan yang sangat mengecewakan hati umat Islam.

Maka di sinilah saya kira jawapan kepada tajuk yang dibentangkan tempoh hari.

Ada perkara yang harus dilakukan oleh si kuasa ketiga. Menjadi kuasa pengimbang, mempertahankan hak-hak yang semakin terhakis, menjadi cermin kepada parti pemerintah dan pembangkang, dan mengharmonikan hubungan antara semua. Bak kata Dr Maszlee, peranan 'fa aslihu baina akhowaikum' perlu dilaksanakan.

Inilah masanya kuasa ketiga islamis harus memainkan peranannya.

Inilah masa kita.


Zaid b Zainur Rashid
18 Jun 2012
Akademi Ikatan Muslimin

4 comments:

  1. Salam syeikh. Tulisan yg amat bagus. Ana nantikan bahagian yg kedua. Cuma kat sini ana perlukan beberapa pencerahan.

    1. Enta ada kata persaingan sebelum pru 12 lebih sihat kerana ia menjurus ke arah memartabatkan islam. I beg to differ here. Ana sejujurnya berpendapat UMNO tidak pernah berjuang untuk memartabatkan islam sepenuhnya. Memartabatkan melayu,itu jelas.

    2. Adakah institusi diraja di negara kita ini sekarang uphold the virtues and values of our religion,Islam? Dan adakah kita tidak boleh mempertikaikan atau menegur sesuatu jika jelas berlaku ketidakadilan?

    3. Enta ada kata 'martabat islam juga dipersoalkan.' boleh ana tau,apakah contoh contohnya? Dan golongan manakah yg melakukan perkara ini?

    Respon enta akan amat ana hargai. Teruskan menulis zaid. Ana suka baca idea dan pendapat enta. :-)

    ReplyDelete
  2. Wasalam alaik pemuda marhaen. terima kasih

    Ana jawab dalam komen yang asing-asing nak bagi senang nampak sikit. Kalau ada kekurangan tolong ajukan perubahan pada pendapat ana tu.

    'Ana sejujurnya berpendapat UMNO tidak pernah berjuang untuk memartabatkan islam sepenuhnya. Memartabatkan melayu,itu jelas. '

    UMNO memang tak pernah memartabatkan Islam sepenuhnya. tapi sejak zaman sebelum merdeka, UMNO ada usaha untuk mengekalkan identiti Islam dalam negara dan memperbaiki kedudukan Islam dan nilainya di Malaysia.

    1. perlembagaan digubal,Islam agama persekutuan. Ini tak berlaku secara tidak sengaja.

    2. Adanya mahkamah syariah dan kenaikan martabat mahkamah syariah dari masa ke semasa.

    3. Penerapan nilai nilai islam yang dipelopori oleh DrM. Budak muda zaman sekarang memang payah nak perasan sebab tak lalui zaman tu. kalau enta perasan, dulu pakaian islam tu sangat janggal(cuba tengok gambar atuk nenek kebanyakan), bahkan pada sektor tertentu ia tak dibenarkan spt di negara sekular Turki satu ketika dahulu. tapi sekarang dah berubah, pemakain islam tak lagi dianggap pelik. sbb berlakunya apa yang dipanggil 'proses islamisasi' yang diterajui kerajaan UMNO-BN.

    tertubuhnya sekolah agama rakyat, UIA, tabung haji, penerapan islam dalam pendidikan kebangsaan, dalam sektor perkhidmatan awam, dalam pentadbiran, ekonomi (kewangan islam) , ada sambutan mauled dll.

    nak cerita terlalu banyak. rasanya boleh search di google agaknya ada la tu.

    Beberapa point tambahan
    -perubahan banyak berlaku selepas 1970, era kebangkitan dakwah atau Islamic wave.peranan revolusi iran(walaupun banyak konspirasi, revolusi bukan asas islam yang sebenar tapi diambil semangat mcm mmg revolusi islam) dan banyak pelajar Malaysia yang balik dari timur tengah terutama mesir
    -agenda islam menjadi hasrat ‘anggota’ UMNO yang semuanya Melayu Muslim
    -penerapan islam itu dilakukan dengan kefahaman terhadap islam yang cetek dan dari dasar nasionalisnya yang liberal,perlaksanaan islam dilakukan secara moderat dan yang nampak tak merugikan/membahayakan (bayang la,semua lepasan pendidikan secular,apalah sangat yang difahami tentang islam yang syumul, sedangkan orang pondok pun boleh pelik fikrah islamnya)
    -niat UMNO dalam penerapan islam ni terpulanglah macam mana enta nak ambil kira
    -sumbangan ini harus diiktiraf. tanpa menafikan keburukan dan korupsi yang paling kotor di alam semesta yang dilakukan UMNO
    -PAS asalnya pun berorientasikan Melayu tapi banyak perubahan kepada lebih islamik dan progresif.PAS parti yang agak dinamik,tapi perubahan sejak 2008 nampak tak berapa baik

    Ruang komen ni kecik,ana tulis dah tak nampak yang atas. Ana tak nak la post baru pasal benda ni.ada benda lupa tolong ingatkan/tambah payah la nak recheck

    ReplyDelete
  3. Tambahan yang tadi.PAS mula guna slogan membangun bersama Islam pada tahun 1990,kalau ana tak silap.

    Yang kedua ni ada dua soalan dalamnya.

    a) Institusi diraja di negara kita hari ini belum sepenuhnya selari dengan kehendak islam. Maksudnya, ada beberapa perkara yang tak menepati Islam.
    Kesnya sama macam sistem pemerintahan di negara ini. Sistem demokrasi berparlimen, sistem pilihanraya tak menepati ciri islam yang sebenar. Islam tak kata 2/3 suara boleh menentukan hukum dan rupa bentuk undang-undang serta pentadbiran negara.

    Tapi mengekalkan institusi beraja ni lebih baik untuk islam, dalam keadaan sekarang, seperti mana sistem pemerintahan negara ini, mesti dikekalkan pengusaan orang islam terhadapnya, orang islam kena join pilihanraya, kena masuk parlimen, daripada meninggalkannya terus dan membiarkan ianya dikuasai oleh orang bukan islam.

    Tapi adakah ia menghalalkan sistem demokrasi parlimen? jawapannya tidak. tapi kita kena masuk,untuk tempoh ini,untuk memilih mudharat yang lebih ringan daripada mudharat yang lagi satu.

    Jadi apa peranan institusi diraja sekarang?

    Ni enta boleh kaji.pendek je.ana penat tulis haha

    b) Soalan lagi satu, ‘Dan adakah kita tidak boleh mempertikaikan atau menegur sesuatu jika jelas berlaku ketidakadilan?’

    Bagi ana, menegur Raja boleh kalau betul dia buat salah/zalim. Tapi kena beragak la caranya. Nak tegur cikgu buat silap pun ada adabnya. Yang ana emphasize dalam artikel ialah mempertikai institusi diraja tu, bukan tegur Raja.

    ReplyDelete
  4. 3. Enta ada kata 'martabat islam juga dipersoalkan.' boleh ana tau,apakah contoh contohnya? Dan golongan manakah yg melakukan perkara ini?

    Kes ni terlalu banyak. contohnya ada golongan yang memperjuang proses murtad Lina Joi, dan mempertikai Jakim, majlis agama islam dan undang-undang islam. Baru-baru ni ada juga ulama terkenal di Malaysia yang mempertikai tindakan mahkamah syariah yang melarangnya memberi kuliah kerana tiada permit dengan membawakan kes ke mahkamah sivil dan mahu menang atas nama hak asasi manusia (spt yang pernah dilakukan ayahpin) tapi mahkamah sivil jatuh hokum sama ikut mahkamah syariah.cerita panjang

    Siapa yang buat? Ramai, terutama Liberalist dan Malaysiakini.

    Maksud utama dari ‘martabat islam juga dipertikai’ ialah undang-undang islam dan kedudukan islam sebagai agama persukutuan dicabar.

    semua ni pendapat peribadi

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Rakan

My Blog List

Meja Penulis

Tulisan yang disiarkan adalah pandangan peribadi. Jika tidak senang, anda berhak sepenuhnya untuk menutup atau beralih ke laman yang lain. Segala komentar dan kritikan yang membina amatlah digalakkan. Ulang siar diharuskan dengan meletakkan sebarang maklumat yang menyandarkan kepada blog atau penulis.

Baca, dengan Bismillah dulu, biar bermanfaat.

Meja Penulis

Tulisan yang disiarkan adalah pandangan peribadi. Jika tidak senang, anda berhak sepenuhnya untuk menutup atau beralih ke laman yang lain. Segala komentar dan kritikan yang membina amatlah digalakkan. Ulang siar diharuskan dengan meletakkan sebarang maklumat yang menyandarkan kepada blog atau penulis.

Baca, dengan Bismillah dulu, biar bermanfaat.

Sampaikan Ke Peti Email

Terjemah

Follow by Email

Risalah yang Dibaca

Labels

Followers

Blog Archive